Translate

Friday 28 June 2013

James Bond dan John F. Kennedy






















Presiden John. F. Kennedy merupakan seorang peminat dan pengumpul siri novel Ian Fleming yang mengisahkan tentang James Bond. Semasa ditemuramah oleh majalah Life Magazine, Kennedy pernah menyatakan bahawa novel 'From Russia With Love' adalah merupakan novel paling digemarinya.

Semasa filem pertama James Bond iaitu 'Dr. No' ditayangkan pada tahun 1960, Kennedy menonton filem tersebut dalam satu tayangan khas. Disebabkan pengaruh Kennedy, filem kedua James Bond yang dihasilkan diadaptasi dari novel  'From Russia With Love'. Filem ini menjadi filem terakhir yang ditonton oleh Kennedy sebelum beliau mati ditembak.

Kejadian Disebalik Filem Rocky IV
















Bagi peminat Sylvester Stallone, pasti pernah menonton siri filem Rocky. Semasa pembikinan filem Rocky IV, Stallone sebenar terpaksa dirawat di hospital akibat kesan daripada adegan tinju dengan aktor Dolph Lundgren. Dalam filem ini, Stallone bukan sahaja bertindak sebagai pelakon, tetapi juga sebagai pengarah dan penulis skrip. Bagi menghasilkan kesan yang lebih 'real', Stallone dan Lundgren sebenarnya benar-benar bertinju dan semua tumbukan bukannya lakonan. Kesannya, selepas beberapa babak pertarungan, Stallone merasa kesakitan pada bahagian dadanya, tetapi tidak mempedulikannya.

Pada malamnya, Stallone merasa kesukaran bernafas dan dibawa ke pusat rawatan berdekatan. Hasil pemeriksaan didapati tekanan darah beliau meningkat sehingga melebihi 200. Untuk menyelamatkan beliau, doktor terpaksa menerbangkan beliau serta-merta ke Hospital St. John di Santa Monica, di mana beliau ditempatkan di wad ICU selama lapan hari.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah, semasa adegan tinju, Lundgren telah melepaskan tumbukan yang kuat pada dada Stallone. Ini menyebabkan hatinya 'berlanggar' dengan tulang dadanya yang menyebabkan hatinya membengkak. Keadaan ini menyebabkan aliran darah keseluruh tubuhnya menjadi terhad sekaligus menyukarkan beliau untuk bernafas.

Wednesday 12 June 2013

532 Kenderaan Dimusnahkan Semasa Pembikinan Filem 'Transformers'

Micheal Bay telah memusnahkan sebanyak 532 buah kenderaan sepanjang tempoh pengambaran filem 'Transformers'..... Merugikan?...tidak!. Ini kerana semua kenderaan yang musnah tersebut sebenarnya adalah kenderaan yang telah di 'dermakan' oleh syarikat pengeluarnya. Kenderaan-kenderaan ni semuanya telah 'rosak' akibat banjir.

Dalam satu kenyataan, Micheal Bay berkata 'kesemua kenderaan ini rosak akibat banjir. Syarikat kenderaan memberikannya kepada kami kerana berdasarkan undang-undang, kenderaan tersebut perlu dimusnahkan, jadi saya adalah orang yang terbaik melakukannya!'