Translate

Wednesday 20 June 2012

Prometheus, prequel untuk filem Alien?

Filem Prometheus yang diarahkan oleh pengarah Ridley Scott dikatakan merupakan prequel untuk filem Alien yang ditayang pada tahun 1979 yang juga diarahkan oleh Ridley Scott. Aku belum lagi menonton filem Prometheus, jadi tak dapatlah dipastikan samada betul ianya adalah prequel kepada Alien.

Filem-filem Alien ni memang memberi kesan yang sangat mendalam kepada aku. Unsur suspennya memang yang antara yang terbaik. Walaupun dah 33 tahun ditayangkan, tapi filem ni masih lagi releven dan memberi kesan kepada penonton.

Tidak seperti zaman sekarang yang banyak menggunakan teknik CGI, watak Alien pada ketika itu dilakonkan oleh manusia yang memakai sut Alien. Pelakon yang membawa watak Alien ini adalah seorang pelakon yang berasal dari Nigeria iaitu Bolaji Badejo yang mempunyai ketinggian 7kaki 2inci.

Bolaji Badejo dipilih kerana fizikalnya yang tinggi dan kurus. Dia menewaskan Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca di dalam filem Star Wars dalam pemilihan watak Alien ni. Walaubagaimanapun, penglibatan Bolaji Badejo hanya terhad untuk filem Alien sahaja dan tidak terlibat didalam pembikinan sequel Aliens terbitan tahun 1986 yang diarahkan oleh James Cameron (pengarah Titanic dan Avatar).
















Bolaji Badejo pelakon Alien (1979)

Tuesday 19 June 2012

Henri Guillaumet

Siapakah Henri Guillaumet......? Beliau adalah merupakan salah seorang pilot kapal terbang di era tahun 30-an yang membawa surat-surat antara Argentina dan Chile. Kisah benar tentang beliau boleh ditonton dalam sebuah filem pendek terbitan tahun 1995 iaitu 'Wings of Courage'.

Pada 13 Jun 1930, pesawat yang dipandu oleh Henry iaitu Potez 25 telah terhempas di Laguna del Diamante di Mendoza, Argentina (Banjaran Andes). Dalam cuaca bersalji, Henry terpaksa merentas gunung-ganang bagi menyelamatkan diri. Pada satu tahap, dapat dilihat bahawa Henry telah berputus asa untuk meneruskan perjalanannya. Tapi ingatan pada isterinya telah menguatkan kembali semangatnya meneruskan perjalanan hingga beliau menjumpai sebuah kampung dan diselamatkan.

Dari filem pendek ini, dapat dilihatkan bahawa dengan keazaman yang kuat serta semangat yang kental, manusia mampu mengatasi segala cabaran atau rintangan (dengan izin Allah) walaupun ianya dianggap mustahil.




Monday 18 June 2012

Perfect Sense

















Semalam aku berkesempatan menonton filem Perfect Sense lakonan Ewan McGregor dan Eva Green. Menarik filem ni. Sebelum tonton tu, taklah menaruh harapan yg tinggi sangat, tapi bila dah start..memang tak boring. Tapi AWAS...filem tak sesuai untuk tontonan yg bawah umur kerana terdapat adegan 18sx.

Filem ni berkisar kepada sepasang kekasih yang menepuh kehidupan yang berlatar belakangkan situasi ketika manusia sedang diserang oleh sejenis virus yang menyebabkan manusia kehilangan deria bermula dengan deria bau hingga deria penglihatan. Dapat dilihat bagaimana keadaan kehidupan manusia menjadi porak-peranda apabila mereka kehilangan satu demi satu deria ini. Pada awalnya, ketika kehilangan deria bau dan rasa, manusia digambarkan sebagai mampu untuk menyesuaikan diri dan meneruskan kehidupan dengan kekurangan itu....tapi bila mereka mula kehilangan deria pendengaran dan penglihatan ...kehidupan mula kelam kabut.

Filem ini memang membuatkan aku terfikir dan bersyukur tentang besarnya nikmat deria yang Allah kurniakan ini. Dari filem ini boleh dibayangkan bagaimana kehidupan manusia jika Allah menarik balik kurniaan Nya ini satu demi satu.