Translate

Wednesday 16 January 2013

Kisah Mel Blanc

Siapakah Mel Blanc?.... Kenalkah anda dengan watak Bugs Bunny? Tentu kenal kan....watak arnab dalam siri animasi yang popular tu. Apakah kaitan kaitan Mel Blanc dengan Bugs Bunny.....? Mel Blanc adalah penyumbang suara kepada watak Bugs Bunny serta beberapa watak Looney Tunes yang lain.

Pada tahun 1961, Mel telah terlibat dengan satu kemalangan yang menyebabkan dia berada dalam keadaan koma. Semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri ini, doktor yang merawat Mel berulang kali cuba berkomunikasi dengan Mel, walaubagaimanapun Mel tidak memberi sebarang tindak balas.

Suatu hari, doktor tersebut mendapat satu idea, iaitu berkomunikasi dengan Mel dengan menggantikan Mel dengan watak kartun yang Mel lakonkan (sumbang suara). "Hey, Bugs Bunny! How are you?"- soal doktor tersebut. Keajaiban berlaku bila kali ini Mel menjawab soalan tersebut "Ehh, just fine, Doc. How are you?". Doktor meneruskan perbualan dengan "And Porky Pig! How are you feeling?". "J-j-j-just fine, th-th-th-thanks!" Mel membalas.

Mel terus berada dalam keadaan koma selama 3 minggu. Selepas sedar, Mel tidak menunggu lama dan terus menyambung kerjanya sebagai penyumbang suara kepada watak kartun Looney Tunes.