Hari ni 21 Disember 2012. Berdasarkan kalender Kaum Maya, hari ni diramalkan akan berlaku hari kiamat. Tahukah kita, sebenarnya yang meramalkan hari kiamat ini sebenarnya bukannya Kaum Maya, tetapi adalah idea daripada masyaratkat barat. Pada awalnya ramalan ini bergerak dan merebak dalam tempo yang perlahan tetapi mampu menyakinkan sesiapa yang mendengar atau membacanya. Kemuncak kepada ramalan ini adalah bila filem berjudul 2012 ditayangkan pada tahun 2009. Kesannya, ianya menjadi mimpi ngeri kepada seluruh penduduk dunia. Masih teringat waktu aku ke masjid untuk Solat Jumaat di sebuah pekan kecil di Negeri Perak. Khatib menjadikan ramalan ini sebagai isi khutbahnya. Yang sedihnya, khatib tersebut mempercayai ramalan tersebut dan meminta semua jemaah supaya bersiap sedia menghadapi tarikh tersebut. Dapat dilihat wajah-wajah cemas para jemaah yang mendengar khutbah tersebut.
Dalam Islam kata Dr. Danial, ditekankan dalil dan nas pembuktian dalam apa juga perkara termasuk perkara-perkara ghaib terutamanya hari kiamat. Dua teks sama ada dari dalil Al-Quran dan hadis Rasullullah sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai kiamat. Ayat berikut misalnya adalah satu dalil yang paling kuat dalam memperkatakan soal kedatangan hari kiamat.
"Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa
datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah
ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan
kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu
amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di
bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut." Mereka
bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah:
"Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (al-A'raaf: 187).
No comments:
Post a Comment