Translate

Thursday 30 May 2013

Filem Pertama Steven Spielberg























Steven Spielberg merupakan salah seorang pengarah yang paling berjaya dalam sejarah perfileman antarabangsa. Terdapat cerita menarik mengenai filem pertama yang dihasilkan oleh Spielberg pada tahun 1964. Filem tersebut berjudul 'Firelight', yang dihasilkan ketika beliau berumur 16 tahun dengan kos hanya USD500. Selain sebagai pengarah, Spielberg juga bertindak sebagai penulis skrip, dan mengambil beberapa orang rakannya sewaktu belajar sebagai pelakon di dalam filem ini.

Muzik latar filem ini juga digubah oleh beliau dan kumpulan pancaragam di sekolahnya digunakan untuk menghasil 'soundtrack' filem. Hasil penuh filem ini kemudian ditayangkan di Phoenix Little Theatre di Arizona dengan dihadiri oleh 500 orang penonton. Bayaran tiket yang dikenakan adalah USD1 sahaja. Bagaimanapun, terdapat salah seorang penonton telah tersilap membayar harga tiket USD2, dan menjadikan kutipan keseluruhan bagi filem ini adalah USD501. Ini menjadikan filem pertama arahan Steven Spielberg hanya mencatat keutungan sebanyak USD1 sahaja!.

Salinan filem ini kemudiannya telah hilang ketika di dalam simpanan produser, menyebabkan filem arahannya seterusnya iaitu 'Duel' (1971) dianggap dan diangkat sebagai filem pertama arahan Steven Spielberg!.

Man Of Steel























Tak lama lagi, filem terbaru Superman, iaitu "Man of Steel" akan ditayangkan. Tahukan anda....sewaktu mula diperkenalkan pada tahun 1930-an, watak Superman jauh lebih lemah daripada apa yang digambarkan sekarang!

Pada waktu tu, Superman tidak boleh terbang tetapi hanya mampu melompat dengan jarak beberapa kilometer. Dia hanya mampu berlari mengatasi kelajuan keretapi tetapi akan mati jika dilanggar oleh keretapi. Dia juga hanya mempunyai ketahanan pada peluru dan akan tewas jika terkena dengan sesuatu yang lebih kuat daripada itu.

Kekuatan Superman beransur-ansur bertambah mengikut peredaran masa, sehinggalah dia menjadi seorang yang sangat kebal seperti yang kita tahu hari ini. Kini, Superman mampu untuk terbang membelah angkasa, bergerak lebih laju daripada cahaya, mempunyai ketahanan pada letupan nuklear dan boleh menggerakkan sebuah planet.

Tragedi Di Sebalik Filem 'The Land Before Time'


















 Peminat filem animasi pasti pernah menonton filem 'The Land Before Time'. Filem ni mula ditayangkan pada tahun 1988. Filem ni berkisar pada pengembaraan sekumpulan dinasor. Salah seorang pelakon yang menyumbangkan suara untuk filem ni adalah seorang kanak-kanak yang bernama Judith Barsi. Selain filem ni, beliau juga turut menyumbang suara untuk filem 'All Dog Goes To Heaven' beserta lebih daripada 70 iklan komersil dan beberapa siri TV.

Kejayaan Judith telah menyebabkan bapanya, József yang merupakan seorang kaki arak berasa cemburu. Ketika Judith memperolehi pendapatan sehingga USD100,000.00 setahun, József pula menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja yang tetap.

Akibat rasa cemburu yang makin kuat, József mengambil keputusan menembak mati anaknya dan juga isteri beliau. József kemudiannya membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.