Translate

Thursday 30 May 2013

Filem Pertama Steven Spielberg























Steven Spielberg merupakan salah seorang pengarah yang paling berjaya dalam sejarah perfileman antarabangsa. Terdapat cerita menarik mengenai filem pertama yang dihasilkan oleh Spielberg pada tahun 1964. Filem tersebut berjudul 'Firelight', yang dihasilkan ketika beliau berumur 16 tahun dengan kos hanya USD500. Selain sebagai pengarah, Spielberg juga bertindak sebagai penulis skrip, dan mengambil beberapa orang rakannya sewaktu belajar sebagai pelakon di dalam filem ini.

Muzik latar filem ini juga digubah oleh beliau dan kumpulan pancaragam di sekolahnya digunakan untuk menghasil 'soundtrack' filem. Hasil penuh filem ini kemudian ditayangkan di Phoenix Little Theatre di Arizona dengan dihadiri oleh 500 orang penonton. Bayaran tiket yang dikenakan adalah USD1 sahaja. Bagaimanapun, terdapat salah seorang penonton telah tersilap membayar harga tiket USD2, dan menjadikan kutipan keseluruhan bagi filem ini adalah USD501. Ini menjadikan filem pertama arahan Steven Spielberg hanya mencatat keutungan sebanyak USD1 sahaja!.

Salinan filem ini kemudiannya telah hilang ketika di dalam simpanan produser, menyebabkan filem arahannya seterusnya iaitu 'Duel' (1971) dianggap dan diangkat sebagai filem pertama arahan Steven Spielberg!.

No comments:

Post a Comment