Translate

Wednesday 20 June 2012

Prometheus, prequel untuk filem Alien?

Filem Prometheus yang diarahkan oleh pengarah Ridley Scott dikatakan merupakan prequel untuk filem Alien yang ditayang pada tahun 1979 yang juga diarahkan oleh Ridley Scott. Aku belum lagi menonton filem Prometheus, jadi tak dapatlah dipastikan samada betul ianya adalah prequel kepada Alien.

Filem-filem Alien ni memang memberi kesan yang sangat mendalam kepada aku. Unsur suspennya memang yang antara yang terbaik. Walaupun dah 33 tahun ditayangkan, tapi filem ni masih lagi releven dan memberi kesan kepada penonton.

Tidak seperti zaman sekarang yang banyak menggunakan teknik CGI, watak Alien pada ketika itu dilakonkan oleh manusia yang memakai sut Alien. Pelakon yang membawa watak Alien ini adalah seorang pelakon yang berasal dari Nigeria iaitu Bolaji Badejo yang mempunyai ketinggian 7kaki 2inci.

Bolaji Badejo dipilih kerana fizikalnya yang tinggi dan kurus. Dia menewaskan Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca di dalam filem Star Wars dalam pemilihan watak Alien ni. Walaubagaimanapun, penglibatan Bolaji Badejo hanya terhad untuk filem Alien sahaja dan tidak terlibat didalam pembikinan sequel Aliens terbitan tahun 1986 yang diarahkan oleh James Cameron (pengarah Titanic dan Avatar).
















Bolaji Badejo pelakon Alien (1979)

No comments:

Post a Comment